ORIENTALISME (Al-Istisyraqiyah - Orientalism) ialah satu gerakan penyelidikan mengenai hal-hal ketimuran khasnya mengenai agama Islam, dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengannya seperti sejarahnya, agama-agama di Timur, bahasa-bahasanya, falsafahnya, sosio-ekonominya, adat-istiadatnya dan keseniannya.
Orientalisme merupakan gerakan yang didokong oleh para sarjana barat yang terdiri daripada orang-orang Yahudi dan Kristian,Ia juga boleh dimaksudkan sebagai satu bentuk fahaman yang boleh dihubung-kaitkan kepada suatu aliran pemikiran atau pembelajaran mengenai kehidupan bangsa - bangsa timur umumnya dan mengenai Tamadun Islam serta bangsa Arab khususnya. (http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=3075)
ORIENTALIS pula (Al-Mustasyriq - Orientalist) pula ialah seorang cendekiawan Barat (ataupun hasil ciptaan Barat) yang menitik-beratkan penyelidikan-penyelidikan di atas, khasnya berkenaan agama Islam dan penganut-penganutnya.
#########
1. Menurut Edward Said dalam tulisannya yang bertajuk Orientalism: a Brief Definition:
“The most readily accepted designation for orientalism is an academic one, and indeed the label still serves in a number of academic institutions. Anyone who teaches, writes about, or researches the Orient - and this applies whether the person is an anthropologist, sociologist, historian, or philologist - either in its specific or its general aspects, is an orientalist, and what he or she says or does is orientalism.
2. Orientalism adalah suatu cara untuk memahami dunia Timur berdasarkan tempatnya yang khusus dalam pengalaman manusia Eropah. Pandangan Said tersebut menunjukkan bahawa Timur sebenarnya adalah diciptakan oleh orang Barat, dengan kata lain “ditimurkan”
3. Said menjelaskan juga makna Orientalism secara luas berupa kajian mengenai sesuatu tentang dunia Timur, tentang kebudayaannya, agama, peradabannya, kehidupannya, dan bahasa bukan hanya mengenai dunia Arab dan Islam sahaja.
Pengertian daripada orientalis sendiri iaitu W.Montrgomery Watt pula ialah :
Suatu studi mengenai budaya, peradaban Timur di antaranya Asia dan termasuk belajar mengenai bahasa, sastera, sejarah dan agama.(http://www.pkpim.net/modules/news/article.php?storyid=93&keywords=keliru)
Very much TERIMAKASIH untuk apa jua keterangannya.
ReplyDeleteMoga terusterusan berbagi ilmu jg kefahaman.
Jazzakumullahu khoirr